Monday, August 27, 2007

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; " Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya  ALLAH mengetahui orang2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."- Surah Al-Ankabut ayat 2-3 



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.- Surah Al-Baqarah ayat 216.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. - Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). - Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..... - Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12
p/s: bersabarlah menghadapi ujian Allah swt...


Friday, June 8, 2007

Terima lah Daku Seadanya..

Kengkawan jom kiter renungkan cinter nie sama-sama ... Begini ceritanya ..
 
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh  meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan  menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan  sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun  putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap  pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh  saling mencintai dan sepadan. 
 
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Sayang, aku  baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan  hubungan dan tali pernikahan kita" katanya sambil menunjukkan majalah  tersebut. 
 
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari  pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah  hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih  bahagia... .." 
 
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang  tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya  mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka  bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa  yang terlintas dalam benak mereka masing- masing. 
 
Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membicangkannya. "Aku akan mulai  dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang  ditulisnya, sekitar 3 muka surat... Ketika ia mulai membacakan satu  persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa  airmata suaminya mulai mengalir... .. 
 
"Kenapa bang, nak saya berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskanlah ... "  jawab suaminya. 
 
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali  melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia  "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". 
 
Dengan suara perlahan suaminya berkata "Aku tidak mencatat sesuatu pun di  atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik  dan baik bagiku. Tidak satupun dari peribadimu yang kudapati kurang... . " 
 
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan  cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya...  Ia menunduk dan menangis... .. 
 
Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi, dan sakit  hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal- hal  tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan. 
 
Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita ? 
 
Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

Tuesday, May 22, 2007

Panduan Suami Tauladan..

Aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani besama dengan pasangan.

Justeru, itu, apakah ciri seorang suami yang tauladan, seorang suami mithali. Dan diketahui Rasulullah itulah contoh ikutan suami tauladan kerana sabdanya:


"Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya".

A. Suami Teladan ialah:

- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.

- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangiisterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya,berbincan g-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.

B. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:
1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhikeperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli
keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya
B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah


C. Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintahAllah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahanisterinya.


1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:


a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.


2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:
a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari
wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi “boss”. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.


2. Memberi pujian terhadap isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepadapasangannya, “Adakah engkau cinta padaku? ” Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.


3. Menentukan batas tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suamiberkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua
tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.


4. Menghindari kritikan terhadap isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik

Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.


6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.


7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.


8. Memahami gelora jiwa isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya,maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.


9. Membina kerjasama yang baik
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.


10. Memenuhi keperluan peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.


Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya,menghibur kan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudipekerti mulia.
e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.


4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :
- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak
manakala wanita bersifat :
- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.

Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab
masing-masing.


5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran.  Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah
Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia
Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain
Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan.

Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :
1. Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:
a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya

p/s: Moga2 dpt la suami camni.. aminn..

Panduan Mencari Isteri..

"Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?"

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan gadis juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis atau sudah tiada dara. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil bergetah jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang boleh tahan dan ada gadis yang tak boleh tahan. Gadis yang boleh tahan biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang tak boleh tahan pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis tak boleh tahan ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun mata yang belum berisi pengalaman itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya baik, sopan dan elok apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa Yang bercahaya tidak semestinya emas dan Yang cantik tidaklah semestinya permata. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.-Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil merisik ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan menyelidik dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi wanita dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah lupa masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang tak boleh tahan. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

aku cinta manusia.... .tapi lebih cintakan ALLAH....... .... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Sunday, April 8, 2007

Mengapa Matahari?


Seorang wanita bertanya pd seorg pemuda tntang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin mnjd bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjd matahari. Wanita tidak mengerti knapa pmuda ingin jd matahari, bukan kupu2 atau kumbang yg terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjd rembulan dan pmuda berkata ingin tetap mnjd matahari. Wanita smakin bingung krana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, ttapi pemuda tetap ingin menjd matahari. Wanita berkata ingin menjd burung yg mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan slalu menjd matahari.




wanita tersnyum pahit dan kecewa.  wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin jd matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. maka wanita pun pergi dan xpernah lg kembali tanpa pernah tahu alasan knapa matahari juga yg menjd pilihannya. sang pemuda merenung sndiri dan menatap matahari.


saat wanita jd bunga, pemuda ingin menjd matahari agar bunga dapat terus hidup. matahari akan memberikan smua sinarannya utk bunga agar ia tumbuh, berkembang dan trus hidup sbg bunga yg cantik. walau matahari tahu ia hanya dpt memandang dr jauh dan pd akhirnya kupu2  yg akan menari bersama bunga. ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa harapkan imbuhan.



saat wanita jd bulan, pemuda tetap menjd matahari agar bulan dpt trus bersinar indah dan dikagumi. cahaya bulan yg indah hanyalah pantulan cahaya matahari, ttapi saat smua makhluk mengagumi bulan, siapakah yg igt kpd matahari? matahari rela memberikan cahayanya utk bulan wpun ia sndiri tidak berupaya menikmati kehilangan kemuliaannya sbg pemberi cahaya, agar bulan mendptkan kmuliaan tersebut. Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sgt layak utk cinta


Dan saat wanita jd burung yg dpt terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, pmuda tetap slalu jd matahari agar burung bebas utk pergi pd bila2 masa ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung utk pergi jauh, namun matahari akan slalu mnyimpan cinta yg membara di dlm hatinya hanya utk burung.


Matahari slalu ada utk burung bila2 pun ia mahu kembali walau burung tidak slalu ada utk matahari. tidak akan ada makhluk lain slain burung yg berupaya masuk ke dalam matahari dan mendpatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar utk memaafkan. Pemuda tak pernah menyesal menjd matahari kpd wanita...




p/s: ermm.. masihkah ada pemuda seperti matahari??

Wednesday, April 4, 2007

Perbezaan PEREMPUAN & MUSLIMAH


Perempuan..
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah..



Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan Evil or Very Mad
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan Evil or Very Mad
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu...


~~  ~~

Saturday, March 3, 2007

Cinter..




Cinta amat mahal takrifnya,
Itulah yg difitrahkan oleh Allah swt kpd hamba-Nya..


Cinta hanya tertulis pd perkataan,
Tapi gagal dilihat pd Zahirnya..
Kerana Cinta itu tanggungjwb,
Di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dlmnya..

Igt pd yg satu,
Jujur pd yg setia,
Setia pd yg kasih,
Kasih pd yg rindu,
Rindulah pd yg menyayangimu..

Cinta takkan dtg jika tak dicari,
Cinta juga takkan dpt jika tiada yg memberi,
Tp mencari biarlah pd yg sudi,
Bukan meminta pd yg simpati...

~~~ --